fbpx

Liverpool mara ke suku akhir EFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORIGI (kanan) menjaringkan gol dengan cara unik ketika Liverpool menewaskan Preston North End 2-0 pada aksi EFL di Stadium Deepdale awal pagi semalam. – LFC

PRESTON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji barisan pemain skuad ‘B’ selepas The Reds meloloskan diri ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Preston 2-0 di Stadium Deepdale pagi semalam.

Pada aksi itu, skuad The Reds berjaya mengesahkan kemaraan hasil jaringan daripada pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino dan Divock Origi.

Kata Klopp, barisan pemainnya tidak mempamerkan aksi seperti yang diharapkan terutama pada babak pertama tetapi secara keseluruhan, masih ada perkara positif diambil terutama prestasi barisan pemain muda.

“Kita tidak pamerkan prestasi yang diharapkan pada awal saingan dan pemain kelihatan agak cemas khususnya pada babak pertama sehingga membuka ruang buat pasukan lawan dan perkara itu saya tidak gemari.

“Bersambung pada babak ke­dua, barisan pemain dilihat lebih tenang dan kami berjaya menjaringkan dua gol penting untuk mengesahkan ke pusingan seterusnya. Pujian wajar diberikan kepada Minamino dan Origi yang menyudahkan peluang mereka sebaiknya.

“Secara jujur, saya rasa agak bersalah kepada mereka kerana jarang diturunkan sebelum ini tetapi apa boleh buat, mereka terpaksa bersaing dengan pemain di posisi serangan yang sangat hebat ketika ini (Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino).

“Mungkin mereka akan terus diberikan peluang untuk membuktikan keupayaan pada aksi suku akhir EFL nanti kerana inilah medan terbaik buat barisan pemain simpanan kami selain beberapa tonggak akademi yang menunjukkan peningkatan seperti Tyler Morton dan Harvey Blair,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI