fbpx

Saya masih berasa malu – Rashford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (tengah) yang kurang minit permainan mempertimbangkan masa depannya dengan meninggalkan United jika mendapat tawaran setimpal bakatnya. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford akhirnya tampil membuka mulut dengan mendedahkan, masih berasa malu terhadap kekalahan mengaibkan 0-5 di tangan Liverpool di Old Trafford pada Ahad lepas.

Sehubungan itu, Rashford, 23, menggesa semua pemain United untuk bangkit menebus kekecewaan mereka dengan kembali menggembirakan para penyokong menerusi prestasi bertenaga pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

“Saya enggan menipu kepada anda semua yang tidak mendengar apa-apa kenyataan saya di sini (media sosial). Sebagai peminat United, saya sendiri tidak tahu apa yang mahu dikatakan selepas kekalahan itu.

“Jujur saya berasa sangat malu. Anda semua penyokong adalah segala-galanya buat kami dan tidak layak menerima perkara ini. Kami perlu bangkit untuk menebus diri sendiri,” katanya.

Rashford adalah salah seorang pemain United tampil memohon maaf kepada para penyokong susulan kekalahan memalukan itu kepada Liver­pool yang sentiasa menjadi musuh tradisi kelab berkenaan dalam sejarah EPL.

Justeru, bintang England itu berharap The Red Devils dapat kembali berada pada landasan kemenangan untuk aksi seterusnya menentang satu lagi pasukan handal, Tottenham Hotspur awal pagi Ahad ini.

Aksi bertemu Spurs itu juga dikatakan bakal menjadi peluang terakhir buat pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer membuktikan kredibilitinya selepas kedudukannya masih lagi selamat bersama kelab tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI