fbpx

Saiz PMBSGEF bakal cecah RM15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – PMB Investment Berhad (PMB Investment) menyasarkan saiz dana global pertamanya, PMB Shariah Global Equity Fund (PMBSGEF) bakal mencapai antara RM10 juta hingga RM15 juta menjelang akhir tahun ini.

Saiz dana yang memberi akses mudah kepada pelabur untuk membina portfolio pelaburan patuh syariah di pasaran global itu juga dijangka bertambah kepada RM25 juta hingga RM50 juta dalam tempoh tahun pertama selepas pelancarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mahani Ibrahim berkata, dana tersebut memiliki tahap tole­ransi risiko sederhana dan tinggi dengan menawarkan pertumbuhan modal jangka masa sederhana hingga panjang.

Ia bakal melabur di 15 buah negara pasaran utama glo­bal termasuk Amerika Syarikat, China, Arab Saudi dan Jepun serta Eropah meliputi 520 komponen saham patuh syariah.

Menurutnya, pelaburan per­mulaan minimum adalah RM1,000 bagi pelabur individu dan RM10,000 bagi pelabur korporat, manakala pelaburan tambahan masing-masing sebanyak RM100 dan RM1,000.

“Dana ini ditawarkan pada harga 50 sen seunit sehingga 4 November ini dan akan diniagakan mengikut nilai pasaran semasa selepas itu.

“Respons yang diterima adalah amat menggalakkan,” kata­nya pada sidang akhbar sempena pelancaran semalam.

Dana tersebut dilancarkan secara maya menerusi saluran You Tube oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI