fbpx

Mayat nelayan hilang tiga hari ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mengangkat mayat nelayan yang ditemui terapung di muara Kuala Kurau pagi tadi.

PARIT BUNTAR – Mayat nelayan tempatan yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut pada pagi Selasa lalu ditemui terapung pada jarak 7.4 batu nautika arah barat muara Kuala Kurau dekat sini pagi tadi.

Kehilangan mangsa, Ong Boon Lai, 40, disedari tiga rakannya pada kedudukan 0.6 batu nautika arah barat daya muara perairan muara Kuala Kurau kira-kira pukul 6.30 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim, Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, mayat mangsa ditemui nelayan kira-kira pukul 9.45 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari ketiga dan mayat yang ditemui terapung ini dipercayai adalah nelayan yang dicari.

“Mayat telah dibawa ke Jeti Marin Kuala Kurau untuk tujuan pengecaman waris sebelum diserahkan kepada polis bagi urusan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pencarian mangsa sebelum itu disambung pukul 8 pagi tadi setelah ditangguhkan semalam melibatkan buah bot dengan 16 anggota penyelamat pelbagai agensi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI