fbpx

Program Kebun Komuniti akan diperluaskan ke seluruh PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail berucap pada majlis sambutan Hari Inovasi KPKT 2021 hari ini.

PUTRAJAYA – Program Kebun Komuniti yang mampu meningkatkan pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pertanian akan diperluaskan pelaksanaan di seluruh Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, kementerian bercadang untuk melaksanakan Program Kebun Komuniti di 50 PPR terpilih dengan kerjasama dari kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, menjelang hujung tahun hadapan.

Katanya, setakat ini Program Kebun Komuniti telah dijalankan di 15 PPR yang terpilih melalui Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti.

“Sekretariat tersebut yang bertindak sebagai pemudah cara akan membantu penduduk berkolaborasi dengan Jabatan Pertanian dalam memastikan kebun komuniti ini dapat direalisasikan.

“Program Kebun Komuniti ini merupakan inisiatif KPKT bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam usaha meningkatkan pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pertanian,” katanya selepas merasmikan Majlis Hari Inovasi KPKT Tahun 2021 hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI