fbpx

8,000 klinik swasta dan pakar sedia ambil alih program vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. NOOR AZMI GHAZALI (kanan) menyuntik dos kedua kepada seorang murid sekolah, Nur Zahirah Maisara Nurasmizi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Cina Triang 2 di Bera hari ini.

BERA – Kira-kira 8,000 klinik swasta dan pakar yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambilalih program vaksinasi selepas Pusat Pengambilan Vaksinasi ditutup.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, klinik swasta dan pakar bukan sahaja berfungsi pada hari-hari biasa tetapi juga ketika musim tengkujuh yang dijangka melanda pantai timur pertengahan bulan depan.

“Sebelum ini kita sudah ada lebih 2,000 klinik swasta berdaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dan sekarang kita ada 8,000 lebih yang akan meneruskan program (vaksinasi) ini.

“Ini bermakna program suntikan vaksin tidak akan terjejas sepanjang musim tengkujuh dan kita juga yakin dapat melengkapkan proses suntikan vaksin untuk remaja pada 21 November ini,”katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Triang Dua di sini, hari ini.

Menurut Noor Azmi, pada masa ini sudah banyak PPV termasuk PPV mega ditutup dan proses vaksinasi akan diserahkan kepada klinik swasta dan pakar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI