fbpx

Penjawat awam digesa lengkapkan vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas Jabatan Meteorologi Malaysia melakukan pemantauan mengenai kejadian gempa bumi di seluruh dunia di ibu pejabat Meteorologi Malaysia di Selangor. GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggesa penjawat awam supaya segera melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing sebelum 1 November ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, semua penjawat awam di negara ini adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993].

Beliau berkata, ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksinkan adalah kecil berbanding majoriti penjawat awam yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.

“Namun, keengganan kelompok kecil ini tetap memberi implikasi terhadap program vaksinasi kerajaan.

“Malah, ia juga menggambarkan imej negatif penjawat awam secara keseluruhannya selain menjejaskan penyampaian perkhidmatan kita,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan JPA di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI