fbpx

47 kes ajaran sesat sejak Januari 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 47 kes berkaitan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam dilaporkan dari Januari 2020 hingga September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengatasi gejala tersebut.

“Sebanyak 33 kes perbuatan ajaran salah itu dilaporkan sepanjang tahun lalu, manakala 14 kes dari Januari hingga September tahun ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Nizar Zakaria (BN-Pari) mengenai jumlah ajaran sesat yang dilaporkan sepanjang 2020 dan sehingga suku ketiga tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI