fbpx

Arsenal lebar rekod tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAMBERS meraikan jaringan pembukaan ketika Arsenal menewaskan Leeds 2-0 pada aksi EPL di Stadium Emirates awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji penampilan luar biasa pemainnya selepas berjaya melangkah ke pusingan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menum­paskan Leeds United 2-0 semalam.

Jaringan cantik Calum Chambers dan Eddie Nketiah memastikan The Gunners terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam lapan perlawanan sebelum ini.

Pada saingan tersebut, Chambers yang dimasukan pada minit ke-55 berjaya menanduk masuk jaringan pembukaan Arsenal selepas menggantikan Ben White pada babak kedua perlawanan.

Nketiah memastikan Arsenal terus selesa mengemudi perlawanan itu selepas meledak gol pada minit ke-69 dan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.

“Perlawanan yang cukup baik pada hari ini dan mereka telah bermain dengan penuh bersemangat meskipun pada awalnya Leeds tampil begitu cemerlang pada separuh masa pertama.

“Pada saingan tersebut, pemain tahu apa yang mereka lakukan dan itu adalah satu tindakan yang betul kami lakukan pada separuh masa kedua.

“Mereka (Leeds) memberi masalah tetapi kami sentiasa mencipta banyak peluang selepas itu. Pada separuh masa kedua, kami lebih baik dan ­akhirnya memperoleh dua gol,” kata Arteta.

Dalam pada itu, Arteta turut memuji persembahan Nketiah dan mengakui pemain berusia 22 tahun itu mempunyai masa depan yang cerah bersama kelabnya itu.

“Saya percaya dia akan menjadi pemain terbaik pada suatu hari nanti dan saya harap dia kekal bersama Arsenal.

Saya gembira mempunyai pemain sepertinya, dia pemain kami, saya sangat mengharapkan persembahannya dan saya mahu dia terus kekal di sini,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI