fbpx

Rexy enggan terburu letak sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REXY harap pemain perseorangan dan beregu dapat terus memberikan fokus terbaik untuk kejohanan BATC kali ini.

BEKAS juara Sukan Olimpik dan dunia, Rexy Mainaky dilihat enggan terburu-buru meletakkan sasaran kepada para pemain negara sejurus melaporkan diri sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Tegas pemenang pingat emas Olimpik 1996 itu, beliau ingin mengetahui sasaran peribadi setiap pemain kebangsaan dan mahu duduk berbincang dengan Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berhubung perkara itu sejurus melaporkan diri pada 1 Disember nanti.

“Apa yang saya lihat ketika ini, pemain Malaysia sudah cukup bagus, antara konsisten dengan kurang konsisten sahaja yang perlu kita betulkan.

“Inilah perkara pertama yang akan saya bincangkan dengan Choong Hann di samping jurulatih dalam usaha meningkatkan keupayaan pemain bagi mencapai matlamat.

“Mereka juga harus mempunyai sasaran kerana kalau hanya sasaran daripada BAM atau jurulatih, ia akan menjadikan pemain itu sekadar menjalankan tugas.

“Jadi ini perkara pertama yang akan saya lakukan. Pemain harus mengetahui hala tujunya dan memasang matlamat sendiri,” katanya menerusi perkongsian video semalam.

Isnin lalu, BAM mengesahkan legenda Indonesia berusia 53 tahun itu kembali ke pangkuan Malaysia selepas sembilan tahun.

Mengulas lanjut, Rexy berkata, langkah keduanya masih belum difikirkan lagi sambil me­negaskan, ia perlu menjalani satu persatu dahulu.

“Setakat ini, itu perkara pertama yang saya akan lakukan. Ikut satu demi satu dulu, kemudian baru fikir langkah sete­rusnya. Saya khuatir kalau terlalu gelojoh, ia boleh mendatangkan masalah kepada saya, pemain mahupun BAM,” katanya.

Rexy juga individu bertanggung jawab dalam mengangkat beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Mohd. Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.

Antara pencapaian terbaik Kien Keat-Boon Heong adalah juara All England (2007), meraih emas Sukan Asia (2006) dan bergelar No.1 dunia.

Zakry-Fairuzizuan juga pernah menghuni ranking No.1 ­dunia di bawah Rexy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI