fbpx

Malaysia tidak goyang jumpa Mongolia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY (tiga dari kiri) bercakap sesuatu kepada barisan pemain B-22 negara menjelang aksi menentang Mongolia dalam Kumpulan J, kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium MFF, Ulaanbaatar pukul 11 pagi ini.

KETUA jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Brad Maloney menganggap aksi bertemu Mongolia amat penting dalam Kumpulan J, kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium MFF, Ulaanbaatar hari ini.

Kemenangan ke atas Mongolia mampu mencerahkan peluang Malaysia B-22 sebelum bertemu lawan sukar, Thailand pada aksi terakhir, Ahad ini untuk mela­yakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun depan.

Justeru, Maloney berharap anak-anak buahnya dapat bermain permainan sebenar dan mengelak daripada terlibat dalam pertempuran fizikal de­ngan pemain tuan rumah yang boleh merencatkan perancangan mereka.

“Ketika menentang Thailand, saya dapat lihat Mongolia adalah pasukan bagus dan tersusun yang mengamalkan corak permainan fizikal di bawah kendalian jurulatih dari Jepun (Shuichi Mase).

“Saya percaya mereka akan bangkit daripada keputusan seri 1-1 dengan Thailand. Jadi, kami perlu cepat bergerak ­dengan bola dan mengelak daripada bertempur secara fizikal dengan ­Mongolia.

“Jika kami berjaya lakukannya dan bermain permainan sendiri, saya percaya kami tiada masalah untuk meraih keputusan positif ke atas Mongolia,” katanya.

Pada masa sama, Maloney mengakui lega kemenangan 1-0 ke atas Laos hasil gol tunggal penyerang muda Terengganu FC II, Azfar Fikri Azhar pada minit ke-68 dalam aksi pembukaan Kumpulan J, Isnin lalu.

“Pemain meraih ganjaran tiga mata berdasarkan kerja keras mereka ketika menentang Laos. Buat masa ini tiada kecederaan serius dan semua pemain boleh turun beraksi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI