fbpx

Projek pembinaan tandas sekolah terpalit rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH tandas yang sedang dibina menerusi projek pembinaan tandas sekolah di Kabupaten Bekasi, Jawa Barat semalam. - TRIBUNJAKARTA

JAKARTA  –  Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah Indonesia  (KPK) akan terus menyiasat  kes rasuah melibatkan projek pembinaan beratus-ratus buah tandas di sejumlah institusi pendidikan di Kabupaten Bekasi lapor portal berita Kompas.com semalam. 

Wakil Ketua KPK,  Alexander Marwata berkata, pasukan penyiasat KPK sudah meminta  keterangan sejumlah pihak yang terbabit dengan kes tersebut. 

“Betul, kami menerima laporan mengenai kes rasuah ini daripada masyarakat  dan kami sudah membuka kertas siasatan untuk dilakukan verifikasi dan klarifikasi terhadap pihak yang disyaki terlibat,”  kata  Alex di Ibu Pejabat KPK , Jakarta semalam.

Beliau bagaimanapun enggan menyebut nama pihak atau individu yang disiasat oleh agensi antirasuah berkenaan.

“Kami akan mendedahkan dengan lebih terperinci setelah mendapat bukti yang mencukupi nanti,” ujarnya

Menurut pihak berkuasa, kes rasuah tersebut melibatkan projek pembinaan tandas sekolah yang bernilai 98 bilion rupiah (RM28.6 juta). – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI