fbpx

Anak nama Always sebab ibu bapa pencinta bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sijil kelahiran seorang wanita yang menunjukkan namanya sebagai 'Always Innovation'. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengguna TikTok baru-baru ini menjadi tular di media sosial kerana mendedahkan dirinya memiliki  nama yang begitu unik, lapor laman Suara.com.

Menurut pengguna dengan nama samaran @Superjoyul itu, dia memaklumkan bahawa nama sebenarnya adalah ‘Always’.

Namun, netizen yang membaca kenyataan tersebut tidak mempercayainya dan meminta dia menyertakan bukti yang berupa sijil kelahirannya.

Wanita itu kemudian memuat naik foto sijil kelahirannya yang memaparkan nama penuhnya adalah ‘Always Innovation’.

Netizen yang membaca hantaran tersebut kemudian meninggalkan pelbagai reaksi dan pendapat menerusi ruang komen.

“Mungkin kedua ibu dan bapanya pencinta bahasa Inggeris,” kata seorang netizen.

“Nama anda sangat unik,” kata seorang netizen lain.

Video tersebut telah ditonton lebih 1.2 juta kali dengan lebih 191,000 tanda suka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI