fbpx

Parti hari lahir Vida tema perkahwinan tak jadi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK B dan Kacak menjadi tulang belakang Vida buat masa ini.

MAJLIS perkahwinan Datuk Seri Vida dan Iqbal sepatutnya berlangsung pada bulan Disember tapi malangnya tak jadi!

Jawapan bagi persoalan tersebut nampaknya terjawab dalam video ulang tahun kelahiran Vida yang diraikan oleh dua anaknya, iaitu Kacak dan Cik B.

Difahamkan, majlis bertemakan resepsi perkahwinan tersebut merupakan idea yang sepatutnya menjadi hari bahagia Vida sebagaimana dirancangkan pada Disember depan, namun tidak kesampaian.

“Deposit sudah dibayar dan kami telah tempah awal bagi majlis bulan Disember tapi tak jadi, maka kami buat untuk kali ini,” kata Kacak.

Memang cantik hiasan majlis tersebut yang bertemakan warna merah dan putih. Rumah Vida bertukar menjadi seperti dewan perkahwinan.

Alahai bagus betul Cik B dan Kacak yang sentiasa ingin memastikan ibunya gembira. Tak apalah, jika tiada jodoh nak buat macam mana, harap tidak meleret lagilah kisah Vida dan Iqbal.

MIZZ LAHAR: Pelik juga, Fizo Omar yang kahwin, Mawar Karim pula yang kena tempias kecaman netizen. Netizen sekarang memang bisalah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI