fbpx

Yenny bencikan bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YENNY

BEKAS anggota kumpulan Wonder Girls’ iaitu Yenny atau kini menggunakan nama HA:TFELT berbicara tentang hubungannya rumitnya bersama bapa kandung sendiri.

Pengakuan tersebut meluncur selepas dia bercerita tentang keinginan berkahwin.

“Kalau saya gembira, saya akan kahwin. Tapi kalau sebaliknya, saya takkan kahwin,” ujarnya dalam program Dating Guru musim kedua.

Dia kemudian menyalahkan bapanya atas semua persepsi buruknya terhadap lelaki selama ini.

“Saya bencikan dia sejak kecil. Saya rasa, mungkin sebab itu saya selalu menolak lelaki disebabkan tak percaya mereka. Saya jadi begitu sebab ayah,” katanya.

Pada 2017, bapa penyanyi itu ditahan polis sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kerana menipu rakan sekerja di sebuah gereja.

Lelaki itu didakwa menipu rakannya sebanyak 20 bilion won (RM71 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI