fbpx

Restoran mamak terjejas, 40 peratus pekerja asing pulang negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harrisrajudin (kanan) dan Roy ketika merasmikan bangunan Gemilang Occuhealth  Sdn. Bhd di Seksyen 15, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Pengusaha restoran mamak mengalami masalah kekurangan tenaga kerja apabila lebih 40 peratus pekerja asing sudah pulang ke negara asal sejak tahun lalu.

Rata-rata pekerja restoran di seluruh negara itu melibatkan warga India, Bangladesh dan Indonesia.

Timbalan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Harrisrajudin Alaudin berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengusaha premis mengenai isu berkenaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun, masalah tenaga kerja itu semakin meruncing kini apabila lebih 40 peratus pekerja asing pulang ke negara masing-masing.

“Keadaan itu nyata menjejaskan operasi perniagaan restoran sehingga ada yang turut terpaksa menutup premis atau ‘gulung tikar’,” katanya selepas merasmikan bangunan Gemilang Occuhealth  Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Tambah Harrisrajudin, restoran mamak masih memerlukan khidmat pekerja asing berikutan warga tempatan kurang meminati pekerjaan itu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI