fbpx

Langkawi, Cameron Highland berdepan amaran ribut petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Pelancong yang sedang menikmati percutian mereka di dua lokasi pelancongan popular melibatkan kawasan Langkawi dan Cameron Highland dinasihatkan untuk terus berwaspada dengan perubahan cuaca berikutan amaran ribut petir yang dikeluarkan.

Berdasarkan hantaran Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir itu diramalkan berlaku di kawasan berkenaan sehingga pukul 4 petang nanti.

Amaran sama turut dikeluarkan di tujuh negeri lain termasuklah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah serta Sarawak.

“Amaran ribut petir itu dikeluarkan untuk semua kawasan di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah antaranya Langkawi, Kubang Pasu, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Pulau Pinang, ia melibatkan kawasan seperti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya tadi.

Katanya, kawasan seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama selain Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang di Perak turut menerima amaran sama.

“Di Pahang kawasan terlibat meliputi Raub, Lipis dan Cameron Highland,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI