fbpx

Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA – Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden mewakili Rantau Pasifik Barat di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 hingga 28 Mei tahun depan.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, ia selepas negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Rantau Pasifik Barat yang sebulat suara hari ini memilih Malaysia sebagai Naib Presiden.

“Dengan pemilihan ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bersama-sama empat lagi Naib Presiden yang akan mewakili rantau masing-masing di perhimpunan dihadiri oleh 194 negara anggota WHO pada setiap tahun.

“Pemilihan Naib Presiden dibuat pada sidang tertutup pagi tadi di Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia Ke-72 yang berlangsung dari 25 hingga 29 Oktober di Himeji, Jepun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI