fbpx

3 maut, seorang cedera kemalangan di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor malam tadi. - Foto IHSAN BOMBA

SEGAMAT – Tiga maut manakala seorang penunggang motosikal cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kampung Melayu Raya, Segamat, di sini malam semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 8.30 malam itu melibatkan sebuah kereta jenis Ford Fiesta, sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm serta sebuah motosikal.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Marzuki Ismail, pihaknya menghantar 10 anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di tempat kejadian, terdapat empat orang mangsa terlibat dalam kejadian tersebut. Pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak mengeluarkan dua orang mangsa tersepit di dalam kereta.

“Dua orang lelaki dewasa yang menaiki Ford Fiesta telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala satu lelaki dewasa menaiki Mitsubishi Storm yang cedera disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Marzuki, seorang lagi mangsa lelaki iaitu penunggang motosikal hanya mengalami cedera ringan.

Jelasnya, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan kecemasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI