fbpx

Warga emas maut tertembak senapang buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang maut terkena tembakan untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

KUANTAN – Seorang warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri dengan senapang buatan sendiri dalam kejadian di ladang kelapa sawit Felda Bukit Sagu 4, di sini petang semalam.

Mangsa yang juga peneroka, Mohamad Omar,67, sempat menghubungi isterinya sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Goh di sini namun disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa keluar dari rumahnya di Felda Bukit Sagu di sini kira-kira pukul 10 pagi untuk mengait buah kelapa sawit di tempat kejadian.

“Pada pukul 3.36 petang mangsa sempat menghubungi isterinya menyatakan dia ditembak di bahagian dada dan wanita berkenaan bersama rakannya telah pergi ke tempat kejadian mencari mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah namun masih bernyawa sebelum dia dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Goh untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 4.20 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dengan kesan tembakan serta mengalami luka di tangan.

Katanya, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian turut menemukan selaras senapang buatan sendiri dan polis setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut masih dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI