fbpx

84 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 84 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 28,576 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 20 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 5,771 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kematian tersebut dilaporkan di Sarawak (19), Sabah (16), Perak (12), Selangor (8), Johor (7), Terengganu (7), Kedah (6), Kelantan (5), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, sebanyak 73,258 kes aktif melibatkan 56,484 kes dikuarantin di rumah, 9,580 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,610 kes di hospital, 279 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 305 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 5,726 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (929 kes), Sarawak (713 kes), Kelantan (685 kes),Sabah (565 kes), Johor (488 kes), Pulau Pinang (378 kes), Kedah (346 kes), Kuala Lumpur (339 kes), Terengganu (292 kes), Perak (257 kes), Melaka (253 kes), Pahang (219 kes), Negeri Sembilan (199 kes), Putrajaya (37 kes), Perlis (23 kes) dan Labuan (tiga kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI