fbpx

9 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan melanda sembilan buah negeri malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran ribut petir juga dikeluarkan di kesemua negeri tersebut sehingga pukul 11 malam ini.

Katanya amaran ribut petir itu dikeluarkan di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, amaran ribut petir dikeluarkan di Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Sementara di Perak cuaca sama diramal berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kanqsar dan Kinta,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, MetMalaysia melaporkan hujan berserta ribut petir turut akan berlaku di Jeli dan Gua Musang, Kelantan manakala di Terengganu, ia membabitkan kawasan di Hulu Terengganu dan Dungun.

“Cuaca itu juga diramalkan meladan beberapa daerah di Pahang seperti Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera; di Hulu Langat, Selangor serta Jempol di Negeri Sembilan.

“Selain itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan kawasan daerah Kapit (Belaga) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi) manakala di Sabah, daerah seperti Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) turut diramalkan akan berlaku hujan lebat berserta ribut petir,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI