PUTRAJAYA- Malaysia menzahirkan harapan bersedia menjalinkan kerjasama erat dengan Korea Selatan dan China dalam pelbagai isu termasuk bidang teknologi digital terbaharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dapat direalisasikan menerusi ASEAN yang sekali gus memacu pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.
Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN – Korea Selatan Ke-22 secara maya, blok serantau itu perlu memperkukuhkan kerjasama dalam transformasi digital yang semakin berkembang.
“Korea Selatan dianggap peneraju dunia dalam teknologi ini yang mampu memacu produktiviti dan ini baik untuk melonjakkan iktisad antara ASEAN dan negara tersebut,” kata beliau.
Pada masa sama, kepakaran negara Asia Timur itu boleh dimanfaatkan dalam menangani ancaman jenayah siber yang dibimbangi boleh menjejaskan kerancakan e-dagang sejagat. -K! ONLINE