fbpx

Polis KL berpuas hati pematuhan SOP di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur kembali menjadi tumpuan warga kota meluangkan masa hujung minggu semalam. – AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Secara purata, sebanyak 10 kompaun dikeluarkan oleh Polis Kuala Lumpur kepada orang awam yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di ibu negara setiap hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, jumlah itu menunjukkan kadar pematuhan masyarakat terhadap SOP PPN di ibu negara berada pada tahap tinggi serta memuaskan.

“Kita ada 68 pasukan pematuhan untuk memastikan orang ramai mematuhi SOP PPN seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Polis juga ada bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk memantau SOP PPN. Sebagai contohnya, jika kita pergi pantau tapak pembinaan, ia memerlukan bantuan Jabatan Tenaga Kerja,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kadar kompaun akan meningkat sedikit pada hujung minggu memandangkan orang ramai mengambil peluang untuk meluangkan masa dan beriadah.

“Suka untuk saya katakan bahawa pihak polis Kuala Lumpur berpuas hati dengan kadar pematuhan SOP di ibu negara dan setakat ini pihak kami tidak menerima sebarang laporan berhubung pelanggan yang masuk ke dalam premis tanpa mengimbas kod MySejahtera.

“Kalau ada maklumat berkaitan perkara berkenaan, mereka boleh melaporkan kepada polis. Kefahaman masyarakat Kuala Lumpur terhadap SOP sangat tinggi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI