fbpx

Mangsa jatuh kuarters teruja mahu bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Rizal (baju putih) menceritakan mengenai kejadian yang menimpa arwah anaknya ketika ditemui di Hospital Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – “Kami sepatutnya pergi bercuti ke Janda Baik, Pahang pada minggu ini.”

Demikian luah Md. Rizal Ramdzan, 42, bapa kepada kanak-kanak, Keisya Nawrah, 11 yang meninggal dunia selepas terjatuh tingkat tujuh sebuah kuarters kerajaan di Presint 5 di sini semalam.

Menurut Md. Rizal, segala perancangan dan penginapan telah dibuat bagi tujuan percutian tersebut.

“Keisya kelihatan begitu teruja untuk ke sana (Janda Baik).

“Dia seorang yang ceria. Kalau berada di rumah, dia suka bermain-main dengan saya dan adik-beradik yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Berita berkaitan: Kanak-kanak maut jatuh tingkat 7

Keisya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat bawah kuarters berkenaan pada pukul 6.55 petang.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7 malam.-K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI