fbpx

Kos mengerjakan umrah ditentukan MOTAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan kos mengerjakan ibadah umrah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan bukan di bawah bidang kuasanya.

Menurutnya, berlakunya peningkatan kos adalah disebabkan susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sama ada di pihak Arab Saudi atau kerajaan Malaysia.

“Permintaan mengerjakan umrah kini semakin meningkat selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan rakyat luar mengerjakan ibadah berkenaan.

“Peningkatan kos RM6,900 ini membabitkan bayaran visa umrah, harga tiket penerbangan pergi balik, kos pengangkutan dan penginapan hotel di Tanah Suci, kos makan dan minum, upah pembimbing umrah atau mutawif, kos ujian saringan Covid-19 dan kuarantin selepas selesai ibadat berkenaan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan Bantuan One-Off kepada Pekerja Agensi Pelancongan di pejabatnya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),Datuk Dr Mohd Daud Bakar; Pemangku Ketua Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya dan Pengurus Baitulmal, Ahmad Talmizi Yahaya.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 orang.

Bilangan jemaah solat fardhu turut dinaikkan kepada 60,000 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI