fbpx

Harith tidak menyebelahi mana-mana pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK menyebelahi mana-mana pihak, Harith meminta ornag ramai agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat spekulasi sendiri berhubung isu Nur Sajat.

PETALING JAYA – Selepas menerima kecaman daripada netizen, selebriti versatil Harith Iskander bertegas tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu berkaitan usawahan sensasi Nur Sajat.

Harith dalam satu entri Facebook malam tadi turut menasihatkan agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya menghentam Nur Sajat tanpa mendengar sebarang penjelasan daripada mulut empunya badan.

“Pada akhirnya kita tidak kenal seseorang itu sehingga kita dengar sendiri daripada mereka.

“Seperti yang saya cakap pada malam tadi (kelmarin), Sajat hanyalah seorang manusia. Dia juga mengaku tidak sempurna tetapi ramai yang menghentam dan menghinanya dalam media sosial seolah-olah merasakan diri mereka lebih sempurna,” katanya.

Tambah pemilik nama penuh Harith Iskander Musa, 55, segmen bual bicara What Going On Malaysia dilancarkan bagi memberi peluang kepada mana-mana individu menyuarakan pendapat mereka kepada umum.

Malah, juara pertandingan Funniest Person In The World 2016 itu juga berharap orang ramai tidak membuat spekulasi dan kesimpulan sendiri mengenai apa sahaja isu berkenaan.

“Saya di sini bukan untuk menyebelahi atau menghukum Sajat dan orang lain. Rancangan ini ialah platform peribadi saya untuk berbicara dan mendengar pandangan mereka.

“Anda tidak perlu percaya atau suka dengan setiap perkara yang dia ceritakan tetapi sekurang-kurangnya kita mendengar daripada mulutnya sendiri.

“Janganlah kita memburukkan lagi keadaan dengan menghentam dan menjadi individu ‘buat-buat tahu’ dalam apa sahaja isu,” ujarnya.

Dalam pada itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan komennya berkenaan isu sepupu Nur Sajat ingin mengenakan tindakan undang-undang tidak berhasil sehingga kini.

Pada Ahad lalu, Harith menemu bual Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam satu siaran langsung What’s Going On Malaysia yang disiarkan dalam saluran YouTubenya.

Menerusi temu bual tersebut, Sajat yang kini menetap di Australia itu mendedahkan antara sebab dia melarikan diri ialah kerana takut ditangkap dan diletakkan dalam penjara lelaki. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI