fbpx

5,000 pekerja agensi pelancong ‘terkesan’ terima bantuan one-off

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuki (dua kanan) menyerahkan replika cek kepada Pengerusi MATTA Cawangan Kuala Lumpur, Sheikh Awadh Sheikh Abdullah pada program itu di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan menyalurkan bantuan one-off berjumlah RM2.5 juta kepada 5,000 pekerja agensi pelancongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, menerusi bantuan ini, sebanyak RM500 one-off yang akan disalurkan kepada 5,000 orang pekerja agensi pelancongan yang menetap di Wilayah Persekutuan.

“Pandemik Covid- 19 memberi tamparan hebat kepada persekitaran ekonomi dunia, ia turut mempengaruhi salah satu pendapatan ekonomi global iaitu industri pelancongan.

“Kebanyakan negara telah menguatkuasakan sekatan perjalanan bagi mengekang penyebaran wabak yang mengakibatkan perjalanan ke seluruh dunia ditutup sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan replika cek bantuan one-off kepada Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Kuala Lumpur, Sheikh Awadh Sheikh Abdullah di pejabatnya hari ini.

Hadir sama Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar dan Pemangku Ketua Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya serta Pengurus Baitulmal, Ahmad Talmizi Yahaya.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, perkara tersebut telah mengakibatkan kehilangan punca pendapatan ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan serta pembatalan tempahan produk pelancongan.

“Ini memberi kesan kepada pekerja agensi pelancongan sehingga ada di antara mereka ditamatkan perkhidmatan bagi mengurangkan kos operasi syarikat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI