fbpx

Puteri Mako selamat kahwini Kei Komuro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Mako (kanan) dengan suaminya Kei Komuro dalam satu sidang media yang diadakan selepas majlis perkahwinannya. - Getty Images

TOKYO – Puteri Mako selamat berkahwin dengan teman lelakinya sejak dari zaman kolej lagi, Kei Komuro hari ini, sekaligus hilang statusnya sebagai kerabat diraja Jepun, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Di bawah undang-undang Jepun, kerabat diraja wanita akan kehilangan status mereka apabila berkahwin dengan orang kebanyakan.

Puteri Mako tidak mengadakan  upacara perkahwinan diraja dan menolak pembayaran oleh kerajaan yang ditawarkan kepada kerabat diraja wanita yang akan berpisah dengan  keluarga mereka.

Puteri Mako merupakan anggota  keluarga diraja Jepun yang pertama menolak pembayaran tersebut.

Beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan hari ini memohon maaf bagi semua masalah yang tercetus akibat perkahwinannya.

“Saya memohon maaf atas masalah yang tercetus dan amat berterima kasih kepada mereka yang terus menyokong saya.

“Bagi saya, Kei tiada galang gantinya dan kami perlu memutuskan untuk berkahwin,” kata Puteri Mako.

Pasangan tersebut dijangka berpindah ke Amerika Syarikat di mana Komuro bertugas sebagai peguam.

Perpindahan itu telah mencetuskan perbandingan antara Puteri Mako dan Komuro dengan pasangan diraja Britain, dengan orang ramai menggelar pasangan pengantin baharu itu sebagai ‘Harry dan Meghan Jepun’. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI