fbpx

Ada sebab air zamzam tidak boleh dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan air zamzam keluar dari negara itu sejak berlakunya pandemik Covid-19.

PETALING JAYA – Kebiasaannya umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji dan umrah di Tanah Suci Mekah pastinya akan membawa pulang air zamzam buat saudara-mara di negara ini.

Tetapi baru-baru ini tular sebuah video dakwaan mengenai kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan air zamzam keluar dari negara itu.

Menerusi perkongsian seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di sana, beliau telah menjelaskan isu larangan air zamzam yang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke tanah air di atas sebab-sebab tertentu.

Melalui perkongsian itu, dia berkata kerajaan Arab Saudi mula tidak membenarkan membawa air zamzam naik ke atas pesawat sejak berlakunya pandemik tahun lepas sehinggalah ke hari ini.

“Kami yang menetap di Arab Saudi ketika ini tidak terkejut dengan video tersebut, kerana sejak penerbangan dibenarkan dan lapangan terbang dibuka semula rakyat Saudi sendiri tidak dapat membeli air zamzam di airport antarabangsa Jeddah.

“Rakyat di negara ini yang ingin pulang bercuti ke negara masing-masing juga tidak dibenarkan untuk membawa air zamzam naik ke pesawat untuk dibawa pulang,” katanya dalam satu perkongisan baru-baru ini.

Ketika ini kerajaan Arab Saudi masih lagi menguatkuasakan undang-undang yang baru itu dan rakyat Malaysia pasti terkena tempias bagi sesiapa sahaja yang ingin membawa pulang air zamzam ke tanah air.

“Jadi perkara ini kami sudah jangkakan, mungkin para jemaah umrah juga tidak akan mendapat ‘keistimewaan’ seperti biasa iaitu dengan membawa pulang lima liter air zamzam setiap seorang.

“Berdoalah agar pihak Arab Saudi membenarkan semula pembawaan air zamzam kerana kami yang duduk di Saudi turut terkesan juga berkenaan perihal air zamzam ini,” ujarnya.

Terdahulu tular seorang lelaki yang dipercayai bertugas sebagai ‘mutawwwif’ telah membuat pesanan kepada orang ramai yang ingin ke Kota Suci Mekah agar tidak membeli atau membawa pulang air zamzam kerana akan dihalang oleh petugas di lapangan terbang.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI