fbpx

Industri pelancongan Selangor dijangka rancak enam bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fathir ketika hadir pada program lawatan produk About KL & Beyond di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

KLANG – Industri pelancongan di Selangor dijangka akan melonjak kembali dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun setengah.

Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr. Fathir Badri Alhadad berkata, jangkaan itu mampu dicapai sekiranya momentum dapat dikekalkan dari segi promosi berterusan pelbagai pihak bagi merancakkan kembali industri pelancongan negara.

Menurutnya, usaha dilakukan kerajaan termasuk gelembung pelancongan menerusi projek rintis di Pulau Langkawi sebelum ini dalam membawa masuk para pelancong dari luar negara tanpa perlu menjalani tempoh kuarantin 14 hari dilihat mampu memberikan nafas lega terutama buat 836 ahli SAFTTA.

Ahli SAFTTA terdiri daripada agensi pelancongan, inap desa, hotel, hotel bajet dan pemain industri kecil dan sederhana yang yang terlibat dengan pelancongan.

“Walaupun kita sudah buka sektor pelancongan untuk pelancong luar negara tetapi daripada respon yang kita terima adalah orang masih takut untuk keluar sebab apabila balik perlu menjalani kuarantin 14 hari.

“Mungkin kita dapat indikator apabila kerajaan membenarkan Pulau Langkawi dibenarkan dibuka untuk Inbound (pelancong asing datang) yang seterusnya akan menjadi indikator kepada kerajaan bagi menarik bila rakyat kita pulang bercuti dari luar negara tidak ada lagi kuarantin,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ketika program lawatan produk About KL & Beyond di Kuala Lumpur dan Selangor anjuran Tourism Malaysia, di sini baru-baru ini.

Dalam program tersebut, seramai kira-kira 15 wakil media berpeluang melihat keindahan pulau-pulau yang terdapat di Pelabuhan Klang seperti Pulau Ketam dan Pulau Carey dengan menaiki kapal layar, Princess Amalin.

Program itu dihadiri Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ramlan Ibrahim. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI