fbpx

Bunyi guruh selepas petir dalam 30 saat, cepat berlindung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu perkongsian di Twitter Public Health Malaysia.

PETALING JAYA – Ketika kita menghadapi cuaca yang tidak menentu ketika ini di mana kadang kala hujan lebat dan ribut petir menjelang petang, kita sepatutnya tahu tentang bahaya yang bakal berlaku.

Bukan sahaja banjir kilat, malah kejadian petir kuat juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan kebakaran tempat tinggal.

Satu perkongsian menarik di Twitter Public Health Malaysia yang perlu dipraktikkan oleh rakyat Malaysia ketika ini ketika kejadian kilat berlaku.

Jelas perkongsian itu, jika kejadian petir berlaku kita perlu menghitung 30 saat terlebih dahulu, sekiranya kita mendengar bunyi guruh sebelum berakhir kiraan 30 saat itu, maka berlindunglah di kawasaan selamat selamat 30 minit.

“Segera cari tempat perlindungan dan tunggu sehingga 30 minit bunyi guruh terakhir kedengaran. Jauhi tingkap dan pintu. Jangan pegang peralatan elektrik termasuk telefon.

“Selain itu, Jangan sibuk membasuh baju, mandi manda, basuh pinggan dan basuh tangan ketika ribut petir,” jelas ciapan tersebut.

Ternyata orang ramai masih tidak mengetahui berkenaan perkongsian tersebut dan menyifatkan kejadian yang biasa berlaku itu adalah keadaan yang normal.

“Good info, ingatkan ini perkara biasa sahaja kalau kejadian petir berlaku. Memang patut ada perkongsian seperti ini, terima kasih kongsi info berguna seperti ini,” jelas Man_es7.

“Sekarang memang musim petir dan hujan lebat, kita biasa dengar panahan kilat dan selepas itu bunyi guruh yang kuat, ternyata keadaan bahaya rupanya, take note semua,” jelas Azizah_huda. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI