JAKARTA – Anak perempuan presiden pertama Indonesia, presiden Sukarno dilapor akan menjalani upacara menukar agama daripada Islam kepada agama Hindu hari ini, lapor laman Mykmu.net.
Media tempatan dan antarabangsa melaporkan, Diah Mutiara Sukmawati akan menjalani upacara menukar agama itu di Pusat Warisan Sukarno Bale Agung di Bali.
Menurut pengurus acara itu, Jro Made Arsana, ia diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga yang dijemput.
Tambah Jro, pertukaran agama itu dilakukan selepas satu proses yang panjang dan Diah sudah mendalami agama Hindu.
Ia dibuat bersempena sambutan ulang tahunnya ke-70. – AGENSI