fbpx

JKNS rampas 90 jenis ubat, barangan kosmetik tidak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ubat dan barangan kosmetik tidak berdaftar yang berjaya dirampas pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) berjaya merampas ubat-ubatan dan barangan kosmetik tidak berdaftar yang dianggarkan bernilai RM217,461.

Kejayaan rampasan itu hasil kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Pengarah JKNS, Dr. Mohammad Faid Abd. Rashid berkata, rampasan dibuat susulan pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah kenderaan dan dua buah rumah di negeri ini.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah kenderaan dan dua buah rumah kediaman telah menemui 90 jenis ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi.

“Hasil maklumat yang diperoleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri Sembilan mendapati tiga lokasi serbuan tersebut dipercayai mempunyai rangkaian pasaran melibatkan negeri ini, Pahang dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sesiapa yang terlibat dalam menjual ubat-ubatan dan barangan kosmetik tidak berdaftar ini akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

“Individu atau syarikat yang didapati terlibat menjual ubat-ubatan dan kosmetik- kosmetik berkenaan akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

“Manakala, syarikat yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI