fbpx

APMM bantu kru kapal warga Turki tidak sedarkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kru kapal warga Turki tidak sedarkan diri ketika kapal KIRAN AUSTRALIA menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) memberi bantuan kecemasan kepada seorang kru kapal warga Turki yang tidak sedarkan diri di atas kapal KIRAN AUSTRALIA yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Pulau Pinang, dekat sini semalam.

APMM Pulau Pinang menggerakkan bantuan selepas menerima panggilan daripada Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Ankara, Turki kira-kira pukul 5.25 petang.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya menggerakkan bot PERKASA 1221 ke lokasi kecemasan di sekitar 33.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

“Bot APMM tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 6.30 petang dan mangsa telah dipindahkan dari kapal ke bot sebelum dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban.

“Mangsa berusia 60 tahun merupakan warga Turki dan dia segera dibawa ke Hospital Pantai Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI