fbpx

SPRM tahan eksekutif GLC salah guna kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat milik kerajaan (GLC) ditahan selepas dipercayai menyalahgunakan kedudukan dalam urusan projek di syarikat GLC berkenaan.

Satu sumber berkata, penahanan kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia 40 hingga 57 tahun itu dilakukan pukul 4.30 petang tadi di di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, dua individu lain ditahan adalah pemilik syarikat swasta yang turut dipercayai terlibat dalam projek tersebut.

“Perbuatan salah guna kedudukan itu dilakukan eksekutif syarikat GLC terbabit pada tahun 2019.

“Eksekutif syarikat itu sebagai ketua projek telah mengesyor dan melantik proksinya sebagai pengurus projek di syarikat swasta itu bagi menguruskan projek tersebut bagi pihaknya,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI