fbpx

Solskjaer akui detik hitam jadi pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER akui kekalahan 0-5 kepada Liverpool sebagai detik paling hitam sebagai pengurus, namun menegaskan dirinya masih calon tepat mengemudi United. – AFP

MANCHESTER – Hari paling malang buat semua penyokong Manchester United apabila mereka berdepan detik hitam selepas pasukan itu dimalukan Liverpool 0-5 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam kelmarin.

Keputusan itu merupakan kekalahan terbesar United di laman sendiri dalam tempoh 66 tahun tanpa menjaringkan sebarang gol, sekali gus menyaksikan mereka berada di kedudukan ketujuh liga.

Pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer mengakui kekalahan tersebut merupakan hari paling hitam buat dirinya sejak bergelar jurulatih selain menganggap aksi yang ditampilkan United di bawah prestasi sebenar.

“Ini adalah hari paling hitam dalam hidup saya. Kami belum cukup bagus dari segi individu dan berpasukan, sekali gus menyebabkan aksi United kelam-kabut dan tidak seperti biasa.

“Saya bertanggungjawab ke­rana memilih corak permainan seperti ini sehingga menyebabkan pasukan lawan mendapat ruang yang ba­nyak untuk melakukan serangan. Selain itu, penyudah kami juga kurang tajam di jentera serangan,” katanya.

Solskjaer yang menandatangani kontrak baharu pada musim panas lalu menegaskan, beliau masih calon tepat untuk mengemudi pasukan itu biarpun didesak agar melepaskan jawatannya di United.

“Kami mahu lupakan kekalahan ini dengan segera. Saya sudah mengemudi pasukan itu hampir tiga tahun dan saya fikir terlalu awal untuk me­ngaku kalah. Kami akan ­teruskan sebagai satu pasukan,” ujar beliau.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI