fbpx

Suami gelar isteri boros kerana minta wang RM14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut meminta wang daripada suaminya untuk membeli makanan. - Pexels

JAKARTA – Seorang suami memarahi dan meleteri isterinya yang disifatkan sebagai boros hanya disebabkan wanita itu meminta wang belanja sebanyak 50,000 rupiah (RM14.70) daripadanya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu tangkap layar daripada perbualan menggunakan aplikasi WhatsApp, wanita tersebut meminta wang daripada suaminya untuk membeli makanan.

“Mahu beli bakso dengan kredit (telefon),” jawab wanita berkenaan ketika disoal suaminya tentang tujuan wang itu diminta.

Lelaki itu kemudiannya bertanya sama ada wang yang diberinya berjumlah 150,000 rupiah (RM44) telah habis. Isterinya kemudiannya menjawab bahawa dia enggan menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan ringan.

“Kalau begitu tidak boleh. Biar kamu rasa betapa susahnya memerah keringat mencari wang. Wang perlu dipakai untuk kepentingan utama dan bukannya perbelanjaan yang tidak perlu,” kata lelaki tersebut.

Isterinya kemudiannya memberitahu bahawa dia telah memberikan wang berjumlah 300,000 rupiah (RM88) kepada kakaknya.

Wanita itu sekali lagi dimarahi suaminya yang menyifatkannya sebagai boros. Dia kemudiannya memaklumkan akan memberikan wang yang diminta dengan syarat ia tidak digunakan untuk membeli makanan ringan.

Hantaran itu menerima pelbagai komen dengan ada dalam kalangan netizen yang menyebelahi lelaki itu dan ada yang menyebelahi isterinya.

“Jangan disamakan dapur kita dengan dapur orang lain. Mungkin memang suaminya tidak berkemampuan. Percayalah bahawa orang lelaki tidak akan berkira jika dia mempunyai banyak wang,” kata seorang netizen.

“Baru minta 50,000 rupiah sudah berleter panjang seperti minta wang berjuta-juta rupiah,” kata seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI