fbpx

JKDM usaha kutip semula RM4.38 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN Ketua Pengarah Kastam, (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah (tiga dari kanan) pada sidang akhbar Pengauditan Kastam Penyelamat Ketirisan Hasil Negara di George Town di sini sebentar tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam proses mengutip semula lebihan bayaran kepada tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi tahun 2019 sebanyak RM4.38 juta.

Ini susulan pembentangan laporan Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid pada 24 Ogos lalu yang mencadangkan supaya JKDM menjalankan siasatan terhadap syarikat yang membuat tuntutan serta pegawai yang bertanggungjawab terhadap bayaran balik cukai berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, pihaknya sudah menggerakkan usaha dalam menyelesaikan perkara melibatkan laporan audit tersebut.

Menurutnya, JKDM menerusi laporan audit pada 4 Ogos lalu memaklumkan mengenai tindakan yang telah diambil berhubung lebihan bayaran kepada tuntutan GST.

“Sebanyak 42 daripada 75 transaksi wang lebihan bayaran kepada tuntutan GST telah selesai dipungut semula.

“Status terkini, kita akan memastikan wang lebihan itu dapat diperoleh semula 100 peratus, tiada kurangpun,” katanya pada sidang akhbar Pengauditan Kastam Penyelamat Ketirisan Hasil Negara di sini sebentar tadi.

Menerusi laporan audit negara Isnin lalu, JKDM dikesan membuat lebihan bayaran kepada tuntutan GST sebanyak RM4.38 juta dan disyorkan membuat kutipan balik bayaran terkhilaf itu daripada Orang Kena Cukai (OKC) dalam kadar segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI