fbpx

Berang isteri curang, suami roboh rumah guna jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar di TikTok yang menunjukkan sebuah jengkaut sedang merobohkan rumah lelaki tersebut. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki dari daerah Trenggalek, wilayah Jawa Timur bertindak agresif apabila merobohkan rumahnya menggunakan jengkaut kerana berang selepas mengetahui kisah kecurangan isterinya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang tular di TikTok, kelihatan sebuah jengkaut sedang merobohkan sebuah rumah di satu kawasan perkampungan.

Orang ramai turut berkerumun di tepi jalan untuk menyaksikan kejadian itu.

Menurut pelbagai sumber, pemilik rumah itu membuat keputusan untuk merobohkan rumahnya kerana berang apabila mengetahui bahawa isterinya mempunyai kekasih gelap.

Sejurus mengetahui perkara itu, lelaki berkenaan yang bekerja di bandar terus pulang ke kampung dan merobohkan kediaman tersebut.

Video itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang menyokong dan membantah tindakan lelaki berkenaan.

“Buat anda yang meminta lelaki itu agar jangan terlalu mengikut emosi dan menyelesaikan masalah secara baik, anda pasti belum pernah merasai perasannya apabila berada di tempatnya,” kata seorang netizen. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI