fbpx

Pelan Pascabayar Celcom MEGA™ pilihan terbaik untuk seisi keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FAHAM dengan situasi semasa rakyat Malaysia, Celcom Axiata Bhd melancarkan pelan pascabayar inovatif terbaharu iaitu Pelan Celcom MEGA™ baharu dan Pelan Keluarga Celcom MEGA™ memenuhi keperluan kesalinghubungan Internet tanpa gangguan bersama keluarga.

Menerusi pelan baharu ini, pengguna boleh menikmati pilihan internet mudah alih tanpa had atau kelajuan terpantas pada setiap dua kali kitaran bil bulanan.

Jika sebelum ini, Celcom MEGA™ Postpaid menawarkan dua pas iaitu MEGA™ Unlimited (Internet tanpa had) dan MEGA™ Lightning (Kelajuan terpantas).

Namun kali ini, pelan ini telah diselaraskan kepada MEGA80, MEGA98, MEGA128, MEGA158 dan MEGA188 untuk memberi kemudahan internet buat seisi keluarga.

Pelan keluarga tanpa had serendah RM40 sebulan

Lebih menarik, pengguna boleh menikmati internet tanpa had hingga enam talian tambahan dalam satu masa bagi setiap keluarga dengan hanya serendah RM40 sebulan setiap talian.

Ini bermakna setiap talian keluarga boleh memilih untuk melanggan pelan Internet Pantas atau pelan Internet Tanpa Had yang berbeza pada harga yang sama, tanpa mengikuti talian utama.

Malah, pelan pascabayar Celcom MEGA™ 98 dan ke atas bersama Talian Keluarga menawarkan peluang eksklusif kepada pelanggan untuk menggabungkan telefon pintar dengan peranti pilihan tambahan bagi seluruh keluarga mereka.

Pelanggan boleh menambah telefon pintar android PERCUMA dan nikmati penjimatan lebih banyak sehingga RM1,649 dengan Samsung Tab A7 Lite. Senarai kombo seperti di bawah :

1) Talian Keluarga MEGA98 +: Vivo Y12S + Samsung Tab A7 Lite

2) Talian Keluarga MEGA128 +: Oppo A54 + Samsung Tab A7 Lite

3) Talian Keluarga MEGA158: Oppo Reno5F +Samsung Tab A7 Lite

4) Talian Keluarga MEGA188 +: Samsung A52 + Samsung Tab A7 Lite

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memiliki dua peranti Apple dengan mudah termasuklah iPhone 13 terbaru bersama peranti Apple tambahan seperti Airpods atau Apple Watch, dengan penjimatan hebat sehingga RM2,320 serta diskaun sebanyak 50 peratus untuk Phonecare™.

Malah, pelanggan juga boleh menikmati tiga bulan Apple TV+ secara percuma. Untuk pengguna kad kredit HSBC pula, anda akan menerima RM100 cashback apabila membeli iPhone13 menerusi Pelan Bayaran Ansuran Kad Kredit (EPP) di mana-mana cawangan bluecube Celcom. 

Selain itu, pelanggan boleh memiliki peranti telefon melalui Pelan Bayaran Ansuran Kad Kredit (EPP) pada kadar 0 peratus apabila mereka melanggan mana-mana pakej peranti melalui pelan pascabayar Celcom MEGA™ 128 dan ke atas di cawangan bluecube Celcom.

Pascabayar Celcom MEGA™ 128 

Manakala, pelan utama pascabayar Celcom MEGA™ 128 dan ke atas, menyediakan sehingga 6 Talian Keluarga bagi setiap akaun dan memberi akses VIP percuma bagi iQiyi selama enam bulan melalui Video Walla™ Plus.

Pelanggan boleh menikmati hiburan terbaik dengan menonton K-drama, drama dan filem Cina dan tempatan, rancangan anime yang popular, serta pelbagai lagi program di platform tersebut. 

Dengan pelan ini juga, pelanggan dapat menikmati perkhidmatan Servis Keutamaan Celcom yang merangkumi pemilihan nombor khas, terma kredit dilanjutkan selama 45 hari serta perkhidmatan dan panggilan pelanggan yang lebih pantas.

Antara faedah lain, pelanggan Pelan Keluarga Celcom MEGA™ boleh menikmati penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 setiap bulan apabila mereka mendaftar dengan Celcom Home Fibre™ 100Mbps.

Ini sekaligus membolehkan seisi rumah menikmati perkhidmatan kesalinghubungan, tanpa sebarang kebimbangan.

Secara jelasnya, pelan terbaharu Celcom ini bukan sahaja menawarkan pelan terkini yang paling inovatif, namun ianya sesuai untuk memenuhi keperluan digital seisi keluarga.

Sebagai tambahan, anda kini boleh beralih ke Celcom dengan lebih mudah melalui aplikasi Celcom Life dengan memuat naik aplikasi Celcom Life melalui Google Playstore atau Apple Store, dan nikmati akses serta merta bagi mana-mana pelan pascabayar atau prabayar Celcom.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.celcom.com.my/personal/postpaid, atau ikuti perkembangan terbaharu menerusi akaun Facebook dan Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI