fbpx

Proses arak tiruan bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan memproses arak tiruan di Kampung Sungai Burung, Pekan Nenas, Pontian, Johor, sejak setahun lalu. - Foto IHSAN BN. 5 PGA

PONTIAN – Satu sindiket dikesan menjadikan sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Sungai Burung, Pekan Nenas di sini sebagai ‘kilang’ memproses arak tiruan untuk mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa.

Malah mereka juga bertindak licik apabila sanggup menggali lubang di bawah pondok terbabit untuk dijadikan tempat memproses samsu serta ‘gerai’ menjual arak tiruan sejak setahun lalu.

Tindakan itu bagaimanapun tumpas apabila empat lelaki warga asing terdiri daripada tiga lelaki Vietnam dan seorang lelaki Myanmar berusia 19 hingga 44 tahun diberkas dalam operasi yang dijalankan Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (BN. 5 PGA), petang semalam.

Pegawai Pemerintah BN. 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas beberapa peralatan memproses arak termasuklah 210 botol plastik 1.5 liter berisi cecair disyaki samsu, 14 gelen 20 liter berisi arak, set dapur periuk aluminium serta tong gas.

“Hasil siasatan ke atas suspek mengaku menjadikan pondok tersebut sebagai tempat memproses dan menjual samsu haram sekitar Pontian sejak setahun lalu.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM15,992 dan tangkapan serta barang rampas dibawa ke IPD Pontian untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI