fbpx

Nama Timah punca ramai orang marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Ihsan Media Sosial

PETALING JAYA – Jenama arak Timah kini menjadi bualan orang ramai sehingga mengakibatkan timbul perasaan marah oleh umat islam di negara ini kerana nama itu sendiri terkait dengan nama kaum Melayu.

Jenama Timah ini telah memenangi anugerah arak yang terbaik di dunia oleh negara-negara luar dan kini telah pun dipasarkan dalam sesebuah negara yang berlandaskan agama islam.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia, Che Hassan Che Johan berkata, perkara ini tidak akan menjadi besar jika jenama itu meletakkan nama yang lain ini kerana perkataan Timah itu sangat dekat dengan kaum Melayu.

“Pertama isu ini tidak akan menjadi besar sekiranya nama jenama diletakkan dengan penuh seperti ‘Bijih Timah Whisky’ atau ‘Tin Whisky’, oleh kerana nama Timah terkait dengan nama kaum melayu islam seperti Nur Fatimah atau Siti Fatimah.

“Dengan nama Timah sahaja ianya telah menimbulkan perasan hina bagi sesiapa yang bernama Timah, dulu nama itu hanya panggilan, sekarang ianya gah diserata dunia, tetapi ianya hanya diguna untuk melariskan minuman arak sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, beliau mempersoal siapa yang meluluskan segala lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan membenarkan jenama ini dibenarkan masuk ke dalam negara.

“Siapa yang meluluskan lesen SSM mereka, dan siapa pihak berkuasa yang meluluskan lesen kilang tersebut?, adakah pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak perasan barang ‘eksport’ dan ‘import’ dibawah kuasa mereka sebelum dibenarkan ‘eksport’ ke luar negara?.

“Bukan hanya nama Timah sahaja, banyak lagi jenama seperti Hadi dan Omar, jika tiada garis panduan tolong wujudkan supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Terdahulu KOSMO! melaporkan tentang satu jenama arak Timah yang mengelirukan orang ramai sehingga dapat menembusi pasaran pengguna Melayu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI