fbpx

Milan teruskan rentak tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIMOVIC meraikan jaringan ketika Milan menewaskan Bologna 4-2 pada aksi Seria A di Stadium Renato Dall’Ara awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Pasukan gergasi Itali, AC Milan terpaksa bekerja keras sebelum berjaya melakar kemenangan 4-2 ke atas Bologna yang diarahkan beraksi dengan sembilan pemain pada aksi Serie A di Stadium Renato Dall’Ara awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, skuad Rossoneri berjaya meraih tiga mata hasil ledakan Rafael Leao, Davide Calabria, Ismael Bennacer dan Zlatan Ibrahimovic sekali gus memastikan rentak cemerlang pasukan yang masih belum tewas musim ini diteruskan.

Ketua jurulatih Milan, Stefano Pioli mengakui ada beberapa kelemahan dapat dilihat pada pasukannya selepas membiarkan Bologna bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat kedudukan 2-2 pada awal babak kedua.

“Saya akui tidak gemar dengan sikap sambil lewa dipamerkan pasukan terutama selepas kita berjaya mendahului 2-0. Mungkin keyakinan tinggi selepas menyaksikan pasukan lawan kehilangan pemain mereka akibat dilayangkan kad merah menjadi salah satu faktor.

“Namun, barisan pemain kembali panik apabila Bologna berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas melakukan banyak kesilapan mudah. Bagaimanapun, saya gembira apabila kami dapat menjaringkan dua gol pada minit-minit terakhir untuk mencatat kemenangan penting,” katanya.

Mengulas lanjut, Pioli turut berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan oleh Ibrahimovic selepas penyerang veteran itu pulih sepenuhnya daripada kecederaan sekali gus berjaya membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama musim ini.

“Ibrahimovic adalah salah seorang pemain utama pasukan kami dan kehadirannya telah memberikan mentaliti kemenangan buat pemain. Saya berpuas hati dia semakin cergas dan tidak mempunyai masalah untuk melengkapkan 90 minit pada aksi kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI