fbpx

Diperdaya cinta jejaka Kuwait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

PEKAN – Disangka dilamar cinta jejaka dari Kuwait, rupanya diperdaya scammer sehingga menyebabkan seorang pekerja kilang di sini kerugian RM7,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dihubungi suspek melalui aplikasi Facebook Messenger pada 19 Jun lalu.

Mohd. Wazir menambah, wanita berusia 35 tahun berkenaan kemudian bertukar nombor telefon dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai Adam.

“Mereka sering berhubung sejak perkenalan itu. Suspek memberitahu mangsa, dia ingin menghantar hadiah sebagai tanda perkenalan mereka, tetapi wanita itu perlu menanggung kos penghantaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berselang seminggu, mangsa dihubungi individu menyamar wakil syarikat pos dan meminta bayaran kos penghantaran sebanyak RM1,000 dan ia segera dibayar wanita itu melalui pindahan wang.

Mangsa sekali lagi dihubungi dan dimaklumkan terdapat sejumlah mata wang asing dalam bungkusan tersebut dan disyaki terlibat jenayah pengubahan wang haram.

Bagi mengelak ditangkap polis, mangsa diminta membayar RM3,000 untuk memastikan bungkusan itu dihantar ke alamatnya dengan selamat.

Panik dengan ugutan itu, mangsa memasukkan wang melalui tiga transaksi ke dalam akaun milik seorang individu.

“Tidak lama selepas itu, Adam menghubungi mangsa kerana ingin meminjam RM2,500 dan tanpa syak, wanita itu memasukkan wang ke dalam akaun milik seorang individu.

“Mangsa mula curiga apabila Adam semakin hari semakin kerap meminta wang dan dia juga masih belum menerima bungkusan yang dijanjikan,” ujarnya.

Wanita itu membuat laporan polis selepas menyedari tertipu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI