fbpx

Wilson selamatkan maruah The Magpies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILSON melakukan sepakan akrobatik ketika menjaringkan gol penyamaan ketika Newcastle seri 1-1 dengan Crystal Palace pada saingan EPL di Selhurst Park malam kelmarin. – AGENSI

LONDON – Pengurus sementara Newcastle United, Graeme Jones percaya pasukan itu sudah menemui hala tuju sebenar selepas seri 1-1 dengan Crystal Palace pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park malam kelmarin.

Pada aksi itu, tuan rumah terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi tandukan Christian Benteke pada minit ke-56 sebelum Callum Wilson menyamakan kedudukan hasil sepakan akrobatik sembilan minit kemudian.

Justeru, Jones menganggap aksi positif yang ditampilkan barisan pemainnya menunjukkan The Magpies sudah bersedia untuk mengharungi era baharu selepas kelab itu diambil alih oleh konsortium dari Arab Saudi.

“Saya sangat gembira ke­rana kami berjaya dapatkan sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan ini. Kami berhak untuk dapatkan mata hasil daripada mentaliti serta persefahaman antara pemain.

“Walaupun masih jauh dengan apa yang diharapkan tetapi ia satu aksi positif. Keputusan ini boleh menjadi permulaan untuk apa yang dirancang bersama pasukan, namun kemenangan masih jadi keutamaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga memuji aksi yang ditampilkan Wilson pada perlawanan tersebut kerana menganggap penyerang England itu mampu melakukan sesuatu kepada pasukan.

“Dia (Wilson) adalah seorang pemain berkualiti dan jaringan seperti itu sering dilakukan olehnya dalam sesi latihan. Apa yang saya gembira mengenai­nya adalah dia sentiasa menjadi penyelamat pasukan apabila diperlukan,” ujar Jones. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI