fbpx

Tiga kluster baharu Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Tiga kluster baharu dikenal pasti hari ini masing-masing satu kluster tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan komuniti yang menyumbang kepada 42 kes jangkitan Covid-19.

Ia dilaporkan di Johor iaitu Kluster Ladang Jalan Kluang di Kluang (17 kes) dan Kluster Jalan Sutera Kuning di Johor Bahru (10 kes) manakala, satu lagi kluster di Sabak Bernam, Selangor iaitu Kluster Jalan Lama Tebuk Marso (15 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,666 kes baharu dilaporkan hari ini dengan 20 kes adalah kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,431,716 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 107 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 5,559 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 6,978 kes sembuh dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,327,369 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 601 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 299 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI