fbpx

Undi18: Pendidikan, ekonomi, keusahawanan, peluang kerja jadi fokus UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril Sufian (depan tujuh dari kiri) ketika meninjau Program Semakan Pendaftaran Pemilik Automatik di Sijangkang hari ini.

KUALA LANGAT – Empat isu utama akan ditekankan UMNO dalam menarik sokongan pengundi berusia 18 tahun dan golongan belia.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, ini melibatkan pendidikan, ekonomi, keusahawanan dan peluang pekerjaan yang sememangnya dekat dengan golongan muda.

“Saya nampak perkara tersebut sebagai isu yang besar dalam kalangan pengundi muda kerana mereka yang berumur 20-an waima 30-an, mereka baru mula untuk berkeluarga dan bekerjaya.

“Jadi isu-isu politik kepartian walaupun popular dalam kalangan UMNO, mungkin bukan menjadi perkara yang mustahak bagi golongan ini,” katanya selepas meninjau Program Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) di Kampung Sijangkang hari ini.

Shahril Sufian memberitahu, penambahan pengundi berusia 18 hingga 21 tahun secara automatik melibatkan lebih 5.6 juta individu di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak meletakkan UMNO berada dalam keadaan tertekan kerana kempen akan tetap digerakkan secara fizikal mahupun maya seperti biasa.

“Bukan sahaja UMNO malah semua parti politik cakna terhadap senario penambahan pengundi serta mempunyai pendekatan tersendiri untuk menarik sokongan golongan pengundi tersebut.

“Kita akan mengurus sentimen seperti kenyataan yang dibuat daripada pemimpin pusat dan juga kawasan harus mesra kepada pengundi,” tegasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI