fbpx

Melaka kutip jualan tiket produk pelancongan RM1.79 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung membeli tiket River Cruise selepas Melaka membuka semula sektor pelancongan.

MELAKA – Industri pelancongan negeri ini kian rancak selepas pembukaan semula pintu masuk sejak awal minggu lalu dengan penjualan tiket di destinasi tumpuan mencapai kutipan sebanyak RM1.79 juta.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad berkata, jumlah tersebut direkodkan sejak 1 Oktober hingga 17 Oktober membabitkan lima destinasi utama sektor pelancongan.

“Dalam tempoh 17 hari, kita berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM1.79 juta melibatkan lima destinasi utama iaitu di Melaka River Cruise, muzium-muzium, menara Taming Sari, taman tema air dan safari di A’Famosa Resort dan Zoo Melaka.

“Dari segi jumlah pengunjung, seramai 64,408 pelancong direkodkan sepanjang tempoh tersebut dengan Melaka River Cruise sahaja mencatatkan 23,000 pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran pakej pelancongan Pit Stop Melaka River Cruise di Taman Rempah, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu jumlah kutipan tersebut juga melebihi sasaran ditetapkan walaupun setelah kapasiti jumlah pelancong di beberapa destinasi dihadkan kepada 70 peratus bagi mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI