fbpx

OKU terbuka hati masuk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan ( kiri) sedang melafazkan syahadah di hadapan Zafri Isma (empat dari kanan) dan disaksikan Zulkefly di dalam majlis itu di sini hari ini.

SEREMBAN – Seorang orang kelainan upaya (OKU) terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas dipelawa seorang rakannya dua minggu lepas.

OKU yang dikenali sebagai Tan berusia 59 tahun itu berkata dia rasa berminat untuk berhijrah kerana melihat kebaikan yang ada dalam agama Islam.

Katanya, sebelum ini dia sering melihat tingkah laku dan sikap yang mulia sahabatnya yang merupakan seorang muallaf sejak empat tahun lalu.

“Hati saya terpanggil untuk masuk Islam kerana saya tertarik dengan agama ini.

” Tiada sesiapa yang paksa saya. Memang hati saya yang terbuka untuk peluk agama Islam,” katanya.

Tan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Maulidul Rasul anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Nilai dan Pengurusan Bersama Rumah Pangsa Taman Semarak Fasa 2, Nilai di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Pengerusi Perkim Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Ab. Karim.

Tambahnya, dia merupakan seorang OKU kerana terlibat kemalangan di tempat kerja kira-kira 15 tahun lalu.

“Saya harap kehidupan saya akan lebih baik selepas memeluk agama Islam dan orang sekeliling dapat terus menjadi pendorong kepada saya.

“Saya bujang dan sekarang ini menjaga seorang ibu yang sudah berusia 76 tahun kerana dua adik beradik lain dah meninggal dunia,” tambahnya.

Urusan syahadah itu dilaksanakan oleh Pegawai Dakwah Perkim, Zafri Isma Iskandar Abdul Ghani dan disaksikan oleh Zulkefly.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI